Monday, March 31, 2008

HEALTH - IMPORTANT TIPS

Answer the phone by LEFT ear
Do not drink coffee TWICE a day
Do not take pills with COOL water
Do not have HUGE meals after 5pm
Reduce the amount of TEA you consume
Reduce the amount of OILY food you consume
Drink more WATER in the morning, less at night
Keep your distance from hand phone CHARGERS
Do not use headphones/earphone for LONG period of time
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping
When battery is down to the LASTgrid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times

Wednesday, March 26, 2008

KELEBIHAN DAN KHASIAT AIR SEJUK SEMULAJADI DAN AIR BATU / AIS

Kelebihan Ais & Air Sejuk Kelebihan tersendiri pada ais dan air sejuk yang tidak munkin dapat dicipta / dihasilkan selain daripadanya...
· Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
· Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
· Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
· Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
· Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
· Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
· Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
· Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
· Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
· Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
· Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
· Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
· Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
· Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
· Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
· Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
· Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
· Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
· Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
· Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
· Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
· Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
· Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
· Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
· Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
· Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
· Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
· Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

JANGAN MINUM SAMPAI BERTEGUK-TEGUK PULAK

MENGANTUK ----- CUBA YG INI

Mengantuk Apabila Belajar


Masalah yang dihadapi oleh anda iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahajamemulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan pelajar. Kalaulah saya bertanyakan kepada para pelajar apakah pandangan mereka, mengenai pelajaran, saya pasti ramai yang akan memberi maklum balas yang negatif. Perkataan seperti malas, tidak ada mood, boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh individu tertentu. Pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif. Sebagai seorang pelajar, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan. Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah :-

1. Bina sikap yang positif.

Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya anda membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.

2. Persediaan minda.

Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-

Saya mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya.

3. Persediaan perasaan.

Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Anda akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif.

4. Persekitaran yang sesuai.

Apabila ingin belajar, anda perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.

5. Ketepikan seketika masalah sampingan.

Sekiranya anda menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan sebagainya, anda perlu berkongsi atau meluahkan masalah anda kepada ibu bapa. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk anda menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun dalam keperitan tapi penuh kesabaran.

Dipetik daripada:- Sudut Kaunseling,
Bersama Puan Noraini Ahmad
Ketua Kaunseling UIA


Tuesday, March 25, 2008

RAHSIA KELIHATAN HEBAT

10 Peraturan Untuk Berat Badan Sihat

q Makan pelbagai jenis makanan berpandukan piramid panduan makanan.
q Makan mengikut keperluan diri. Jangan makan banyak setiap waktu makan
q Makanan yang bergoreng dan berlemak tidak perlu diambil setiap kali makan.
q Kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang manis- gantikan gula dengan pemanis rendah kalori.
q Ikut waktu makan yang tetap
q Had pengambilan minuman beralkohol – ia banyak kalori
q Bersenam dengan kerap sekurang-kurang 3x seminggu selama 20-30 minit setiap kali.
q Jadi lebih aktif.Gunakan tangga, jangan gunakan kereta dan berjalan kaki bagi jarak dekat dan cuci kereta anda sendiri.
q Sasaran untuk kurang berat badan sebanyak 0.5 – 1 kg seminggu.
q Jangan cuba diet yg melampau-muntah dengan sengaja dan menggunakan julap.

PANDUAN KALORI
q Mengurangkan 0.5 kg seminggu adalah sama dgn mengurangkan 500 kcl setiap hari
q Buatlah pilihan makanan yg lebih sihat bagi mencapai sasaran ini.


BAIK

KURANG BAIK

q Mi sup ( 383 kcl )
q 1 sandwic ayam ( 270 kcl )
q Ubi kentang rebus ( 122 kcl )
q Bubur nasi ayam – semangkuk kecil ( 130 kcl )
q Sebiji pisang ( 62 kcl )
q Dosai ( 147 kcl )
q Ais kosong ( 0 kcl )


q Mi kari ( 529 kcl )
q Burger keju ( 438 kcl )
q Kentang goreng biasa ( 290 kcl )
q Nasi lemak biasa ( 389 kcl )
q Sebiji pisang goreng ( 129 kcl )
q Roti Canai ( 301 kcl )
q 1 tin air berkarbonat ( 156 kcl )

KESIHATAN ADALAH SEGALANYA

Jangan ambil ringan mengenai kesihatan kita. Semuanya berpunca dari kesihatan.